Export in one week. Checked ✔

Minggu hectic bagi kami.

17hb petang dapat pengesahan order export.
23hb kena ship out
24hb loading kontena
25hb kapai jalan.

Wah..seminggu lead time!
Normal export lead time 3-4 weeks.
6 items pula tu. Chill Wani...chill.

18hb - Khamis. Supplier raw material kata Sabtu baru boleh hantar barang kak. Siruuu.
Takpalah. Tawakkal je lah.
Sabtu pagi kita pakat bersilat ramai ramai.

Takdan tengahari supplier tu kol balik.
"Kak, jumaat kilang cuti ka? Kalau saya nak minta jasa baik hantar hari Jumaat boleh dak? Sabtu Lori banyak tempat nak kena pi. "
Alhamdulillah... Allah permudahkan.
Hang yg berjasa baik kat kami dik. Setel satu bab.

Nak masuk asar, storekeeper mai bagitau.
One of the item, stok carton box dia tak cukup. Banyak rosak kena ayaq hujan. Ribut baru-baru ni, bumbung bocor.
Aduhaii...nasib laa kilang IKS.
Berapa banyak short? Dalam 20 pcs je.

Bersilat pulakk dengan supplier.
It is Thursday. Esok Jumaat. Normal nya, memang tak akan ada supplier yg boleh fulfill. Iyelah. Dia pun nak beli material lagi. Bukan petik, sampai.
Tapi, kita lama dah buat reja. Network and skill negotiate tu penting. Hangpa send PO dulu. 😎

Kol supplier carton box.
Menjerit dia. "Haaa??? Nak isnin?? Mau kena taichi dengan production aku ni."
Hahaha.
Alaaa..kami tau mustahil. Sebab tu kami kol expert macam kilang hampa. Kilang ampa ja mampu buat benda mustahil jadi tak mustahil ni. Pasai hampa expert. Try ejas na?
Apa² kol aku direct. Esok kilang cuti. Aku tak cuti.
Dia → ok aku try. Hg xjawab fon esok, aku x buat.
Hahahaha.

Design, material submission  and confirmation over WhatsApp ja. Done. Tawakkal.
Doa ada laa stok material dia beda lepaih kami nak shipment ni dulu.

20hb - pi KL amik sticker. Kena tempek sticker khas bahasa sana untuk pasaran sana.
Bukan semata-mata amik sticker...gigih sangat aih.. Kebetulan ada appointment & visit pak menakan di sana.
Lepas maghrib, drive balik Kedah.
Import Adawiyah Aznan balik. 

21hb - duk perosah date printer yang takmau bagi kerjasama pulak dah..
Tanya printer makan hari nak print, xdak material serupa, kos tinggi. Last², mengadap repair ja lah..godek godek.  Alhamdulillah by 5.30pm siap... Hahahaha. Siap repair pun habih waktu kerja dah.
Takpa. Esok depa boleh full swing print date & lekat label pada setiap 1400 peket tu semua.

22hb - production Mochi utk event hari peladang.
Mochi ni produk sensitif. Kena close monitoring jalan nye. Seharian di bawah. Sebab PIC kena monitor sendiri production product dia.

23hb - pagi. Carton box sampai. Lega.

23hb - petang pi setup booth hari peladang. Tinggai laa team sambung tugas. Walaupun dalam hati berat nak tinggai pasai ni first hantar ke sana. Tapi, kena percaya kat depa. Kalau tak, tak jadi gheja.

Support via phone.
Sat sat mesej. Sat sat fon. Xpala. Biar tanya, jangan silap.

23hb - 8malam. Team hantar gambar dengan caption "Alhamdulillah.. Barang selamat load dah. Dah inform driver kena sampai sebelum 9am esok"

Lega 50%. Terus doa supaya driver dapat sampai on time.

24hb -  pagi pagi lagi team share gambar barang dah selamat unload di warehouse. Kontena belum sampai. Driver yg kirim le tu.
Alhamdulillah..

From 17/7 evening → 24/7 early morning.
Job well done. Exactly 6 days only. Gila.
Tapi berjaya.

24hb tengahari - buyer call.
"I tengah overseeing shipment ni. Nak tanya.
Carton u buat kat mana aa?"
Ah sudah...takkan kemek kot..export ni. Dah habaq kat supplier dah..
"Buat kat SP tuan"
"Kat mana?"
"Nama kilang dia xxxx. Awat tuan? Ada masalah ka?"
"Dak. Carton box u intact elok. Steady ja. Hat lain kemek. U tolong share supplier u. Nanti I tengok nak ejas macamana"

Waha...rasa hilang penat bila dapat pujian walaupun supplier yg lebih layak terima pujian tu sebenarnya. Hahahaha.. It's a good thing. Enjoy la!
Tapi sebagai pemain industry, itu yg pernah saya share tentang kepentingan pembungkusan. Cantik is one thing. Keupayaan melindungi barang di dalam is another thing.

I gave full credit to my team for managing to pull this off within specified dateline.
Walaupun kena marah, stress ligan dateline, ada event lagi tapi we made it!
Good job, team Nanis.

Ai sambung tugas di Hari Peladang sampai 28hb pulak. Jantung pun lari tak ikut tempo dah.

Hectic dak? Ka biasa ja? Hahahaa

#workhardplayharder
#sambutrezekisepenuhhati

Comments