Contract vs OEM Manufacturing


Ambang Dorongan Sdn Bhd (ADSB) adalah PENGILANG produk makanan.
Kilang ADSB yang terletak di Jeniang, Kedah telah diakreditasi kilang pemprosesan makanan yang berstatus GMP, HACCP & Halal.
Aktiviti utama ADSB adalah mengilang produk makanan. Justeru, pembangunan infrastuktur, pelaburan untuk premis teraudit, pembangunan kapasiti, skilled labour dan manufacturing experts adalah cup-of-tea kami. Tanggungjawab utama kami sebagai pengilang adalah memastikan semua produk client yang kami dihasilkan selamat untuk pengguna client kami. 
Buat masa ini, jenama Nani's adalah client utama ADSB (brand kami sendiri).

Dengan semua fasiliti dan infra yang telah dibangunkan ini, mungkin ramai tidak tahu bahawa ADDSB juga membuka ruang untuk pengilangan kontrak atau pengilangan secara OEM di premis kami ini. Sedikit yang mengetahui telah lama mendapat manfaat dari kami. 

Jom kami kongsikan sedikit apa itu OEM & Contract Manufacturing.

Contract Manufacturing / Pengeluaran Kontrak

Pengeluaran Kontrak adalah penghasilan sesuatu produk oleh pengilang untuk syarikat lain secara kontrak. CM adalah suatu bentuk oursourcing di mana pemilik produk akan membekalkan maklumat rekabentuk produk kepada pengilang dan pengilang menghasilkan produk mengikut spesifikasi yang ditetapkan olek syarikat sebagai kontraktor pengeluar.

Antara kelebihan Contract Manufacturing

1. Pemilik produk tidak perlu membeli atau melabur untuk segala keperluan, peralatan atau fasiliti yang diperlukan untuk penghasilan produk.
2. Pemilik produk tidak perlu runsing memikirkan untuk mengambil pekerja terlatih, melatih pekerja, menggaji tenaga mahir, dsb. Semuanya pengilang yang akan pastikan.
3. Ada kemungkinan besar kos pembelian bahan mentah akan menjadi rendah jika pengilang membeli bahan mentah secara pukal - untuk production pelanggan mereka yang lain juga.
4. Pemilik produk boleh fokus kepada lain-lain aspek dalam perniagaan mereka seperti membangunkan produk dan jenama, pemasaran, pengedaran, dsb. Biar pengilang runsingkan masalah penghasilan produk anda.
5. Contract Manufacturing ni dah biasa dalam industry lain seperti medical, automotif, pertahanan dan yang paling common di Malaysia; kosmetik.


OEM (Original Equipment Manufacturer)

OEM merujuk kepada pembikin asal sesuatu produk. OEM menggunakan produknya sendiri untuk menjual sesuatu jenis produk meskipun produk tersebut dipasarkan oleh pengilang atau syarikat lain.

Contoh ; OEM yang menghasilkan komponen bateri jenama Yokohama. Bateri Yokohama ini kemudiannya digunakan di dalam penghasilan kereta Proton contohnya. Kereta Proton yang siap akan dijual kepada pengguna oleh syarikat penjual kereta.
Orang tak saja-saja pi beli bateri kereta. Hanya pemilik kenderaan akan beli bateri Yokohama. 

Jadi, pengguna bateri Yokohama adalah pemilik kenderaan.

OEM lazim ditemui dalam industri automotif, komputer, software komputer dan telefon bimbit.

Dalam contoh ADSB lain sedikit sebab industri makanan. 
Pelanggan boleh membeli karipap yang dihasilkan oleh ADSB untuk dimasukkan dalam senarai menu catering/restoran/cafe dan dinamakan dengan nama pelanggan sendiri. 
Contoh: Cafe Siti membeli karipap dari ADSB dan dijual di Cafe Siti dengan harga premium dan dinamakan Karipap Premium Siti. Kalau pengguna makan karipap itu sedap, dan hendak repeat atau recommend kepada kawan-kawan, mereka akan cari/recommend Karipap Premium Siti di Cafe Siti. Bukan nani's atau ADSB. 



Jika anda adalah pemilik produk tidak kiralah jenis product  founder atau jenis Karipap Premium Siti, yang paling utama dalam memilih rakan niaga pengilang (manufacturing partner) adalah kepercayaan, kualiti, tanggungjawab dan membina hubungan niaga yang baik. 

Kalau ada yang ingin OEM atau Contract Manufacturing di Ambang Dorongan untuk sebarang jenis produk makanan, boleh hubungi kami di talian rasmi 04-4647125 atau kunjungi kami di <google maps location : Nani's Frozen Food>. 
Kita jumpa dan bincang dulu. ;)


Credit sumber: https://aztecplastic.com/Contract-vs-OEM-Manufacturing.htm

Comments