TO EXCEL: TOLONG BAGITAU SAYA BILA ADA MAKLUMAT YG SAMA (double entry).


1.Post ini mengandaikan anda adalah pengguna excel sedia ada dlm kehidupan seharian.
2.Post ini akan share satu function mudah tapi sangat useful untuk bantu kita buat traceability.
Contoh pengguna excel sedia ada:
1.Cikgu2 yg buat rekod markah murid, maklumat murid, senarai kursus, etc
2.AJK surau/masjid yg rekod kutipan tabung, senarai anak qaryah, senarai AJK
3.Kerani yg perlu key in beratus senarai setiap hari.
4.Peniaga online > Senarai order, status penghantaran, bayaran, stok
dan lain-lain lagilah kegunaan buat senarai atau database yg boleh dimanfaatkan.
Bila senarai kita tu baru ada dalam 10-20 baris, (mungkin) ok lagi la nak perasan kalau ada maklumat yg sama/double entry. Tu pun kalau semak seketui-seketui. Mai dah berpuluh, beratus hmm...harus laa nak perasan.
So, sini sy nak share macamana nak tahu maklumat yg kita masukkan itu adalah double entry. Atau dalam ayat yg smart sket, macamana nak SURUH EXCEL BAGITAU KITA bila ada maklumat yg sama dimasukkan.  Haaa...best dak? 🤗
Katakan kita ni kerani yang tengah taip senarai murid Tahun 1 kemasukan 2018.
[SILA RUJUK GAMBAR NO.1- STEP 1]
Perasan dak dalam lima nama tu saja dah ada maklumat yg duplicate? Sama birthday tu normal la. Buleh jadi kembaq ka..kan.
Ni.. salah nombo IC!. Kalau kita duk fokus buat entry, memang takkan perasan la kan? tambah nu nak perabih dekat 200 nama sebelum pukui 2.
OK. Lani..Try buat camni.
1. Pi kat no. KP yang pertama (petak C3)
2. Kat tab atas tu..pilih Home > Conditional Formatting > New Rule
3. Pilih "Use a Formula.." > Taip formula ni kat ruangan "Format Values" tu
=COUNTIF(C:C,C3)>1
4. Pastu klik "Format" > pilih BOLD > kaler MERAH > OK > Bila kat preview tu tunjuk tulisan Abc kaler merah, klik OK. Kalau tak kaler merah, pi setting format lain.

5. Klik lagi sekali Conditional Formatting > kali ni pilih "Manage Rules"
6. Dekat bahagian "Applies To" hgpa taip
=$C$3:$C$300
(kalau list ada lebih 300, buh la 1000 teruih pun xpa)
> Kemudian klik OK.
Tadaa!!! Excel dah OTOMATIK buh kaler MERAH dekat dua-dua nombor yang terrrSAMA tadi. Salah key-in le tu. Mana boleh 2 orang dgn IC nombor yg sama. Ekekekek.
Selepas ni, ada ja nombo IC yang sama, dia akan keluar kaler merah. Dia tolong bagitau. Try le. Buat-buat key in nombor yg sama dalam column tu.

Function ni hgpa buleh set sebelum buat data entry, atau dah habih taip baru nak buat pun boleh.
Yang penting, takdak duplicate entry.
Okay. Selamat Mencuba. Have fun with Excel. 😉

#nanisfrozen - Frozen Food Manufacturer and Supplier 
[frozen currypuff, halal mochi, samosa, sesame ball, frozen murtabak, kasturi, etc]
Nak dapatkan #mochi  secara online🍡, klik sini >> https://shopee.com.my/ms.waninan/1359945556
Nak dapatkan kuih frozen #nanis dengan harga kilang, mai ke factory-shoppe kami di sini >> https://goo.gl/maps/7syRW5fuDP22

Comments