Metal Detector Dalam Pengilangan Makanan


Mesin metal detector sedang menguji produk Mochi

Tak kisahlah samada anda outsource production produk anda secara OEM atau Contract Manufacturing (baca artikel berkenaan di sini) WAJIB untuk anda sebagai pemilik produk pastikan pengilang anda mempunyai peralatan ini.

Metal Detector atau Alat Pengesanan Metal

Kenapa wajib? Kenapa penting?
Sebab sebagai pengeluar produk makanan yang bertanggungjawab, kita wajib memastikan setiap produk yang kita keluarkan kepada pengguna adalah SELAMAT untuk dimakan.

Bila ada alat pengesan metal ni, satu aspek insyaAllah selamat iaitu produk anda terjamin daripada pencemaran bendasing metal.

Alat ini berupaya mengesan kehadiran metal atau stainless steel sekecil1milimeter di dalam produk mahupun dalam pembungkusan produk. Terbenam lah sedalam mana pun bendasing tersebut di dalam produk, pasti akan dapat dikesan jua.

Antara bahaya bendasing metal (metal hazard) yang berpotensi atau lazim dikesan di dalam produk makanan:
- metal tip – sumber daripada mata pin, serpihan peralatan, serpihan mesin , mata grinder
- dawai kokot (peluru stapler)
- skru – terjatuh dari mesin/ peralatan atau tercemar semasa dalam bahan yang dibekalkan.
- steel wool – sebab itu dalam kilang pemprosesan makanan, tak boleh guna steel wool untuk cuci peralatan. Bahaya!
Dan macam-macam lagi sumber metal yang lain. .

Jadi, sebagai pengeluar bertanggungjawab, wajib lah anda memastikan produk yang anda keluarkan selamat untuk dimakan. Dengan adanya metal detector ini, sekurangnya satu aspek pencemaran bendasing dah dapat ditapis iaitu pencemaran bendasing metal.
InsyaAllah..takkan sampai kepada pengguna produk anda terjumpa skru, dawai kokot, steel wool, bolt, nat, pin, dawai , wayar dan sebagainya.

Halal itu sepasal. Selamat itu satu hal yang lain.
Halal belum tentu selamat. Selamat juga belum tentu halal.
Kedua-duanya penting untuk pengguna.

Salam bisnes untuk semua.


Comments