Orang Paling Efisien dan Produktif di DUNIA.

Ya. Title tersebut adalah pengiktirafan oleh kebanyakan masyarakat dunia.
Siapakah beliau?
.
Benjamin Franklin.
Beliau adalah penulis, perekacipta, saintis, ahli falsafah, ahli politik, diplomat, postmaster, dan profession utamanya -- pencetak dan penerbit.
Seorang budak miskin 16 adik beradik mula bekerja seawal usia 18 tahun di sebuah printing house (kedai printing) di Boston. Kemudian handle sorang-sorang kedai printing di Philadelphia. Tahun 1724 di usia yg sama, beliau mengembara ke England untuk bekerja dan belajar ilmu percetakan daripada pencetak terbaik pada masa itu, Samuel Palmer.

Semasa bekerja dengan Palmer, Franklin cepat dapat kepercayaan majikan beliau untuk uruskan lain-lain division sebab dia seorang yang sangat fokus, cepat belajar dan tak buang masa. Sewaktu rakan sekerja lain minum beer tak sudah-sudah, dia minum air sahaja untuk dapatkan stamina lebih (dan outperform mereka, of couse). Jimat pula tu.

Beberapa tahun kemudian beliau balik ke Philadelphia. Selepas bekerja dengan sebuah syarikat percetakan selama setahun, beliau ambil loan untuk setup bisnes percetakan beliau sendiri.
Dah run bisnes sendiri, baru dia tahu susahnya nak dapatkan printing job. Terdesak nak guna duit, dia terfikirkan satu peluang; "Kenapa tak aku terbitkan bahan bacaan aku sendiri?"

Maka dia pun terbitkan suratkhabar sendiri - Poor Richard's Almanack.
Ada ruang kosong kat paper tu, Franklin isikan dengan kata-kata peribahasa beliau (ala-ala senyum kambing slot kat Utusan tu). Peribahasa beliau menjadikan paper tersebut menarik dan mendapat sambutan! 

Saya tamatkan dulu kisah Ben Franklin di sini. Kalau ada manfaat, boleh sambung Part 2 -- Daripada usahawan percetakan berjaya Ben Franklin menjadi KERANI!

Belajar sesuatu?
#nanisfrozen
#membudayakaninovasi

++ Teruskan berbagi rezeki.
Bayangkan kebahagiaan yang kamu berikan bila belanja minyak kat motosikal di belakang kamu sedangkan ketika itu si lelaki seorang bapa sedang berkira-kira antara nak isi minyak motornya yg dah kering atau beli nasi utk anak-anak yg kelaparan menunggu kepulanggannya -- dengan not RM10 terakhirnya.

p/s: Tak perlulah lihat sisi freemason Ben Franklin. Ambil yang baik² saja..

Comments