Sinki Pencucian Tangan Tanpa Tombol.

#nanisfrozen adalah kilang memproses makanan sejuk beku yg telah mendapat pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan HACCP yang ditauliahkan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Antara perkara-perkara basic yang WAJIB dipatuhi bila buat HACCP ni adalah  :
1) Product flow / laluan produk tidak ada cross-contamination [pencemaran silang].
2) Kebersihan (premis dan pengendali makanan)
3) Titik kawalan kritikal (yg boleh memberi kesan kepada kualiti dan keselamatan makanan) contohnya pengesanan metal pada produk siap.
4) Dokumen. Rekod kawalan, SOP, etc

Dan salah satu KEUTAMAAN bagi aspek kebersihan adalah >>> pencucian tangan.
Bagi menjamin tidak berlaku pencemaran silang semasa proses pencucian tangan, maka tempat pencucian tangan hendaklah HANDS-FREE. Yaa..bebas tangan. Maksudnya tidak boleh buka tutup paip guna tangan. Ye la, dah cuci bersih tangan tu, nanti pegang pula kepala paip..tercemar balik tangan tu nanti.

Bagi kompeni yg modai besaq, maka mudah bagi mereka menyediakan fasiliti ini.
Ada yg canggih -- guna motion sensor. Bila sua tangan bawah muncung paip aja, air akan keluar secara otomatik. Alih tangan, air berhenti.
Kos: RM3,000 - RM5,000 utk 5 station.

Yg separa canggih, guna press button.
Tekan button guna siku, untuk buka atatu tutup pai air nye.
Kos: RM500-RM1000 utk 5 station.

Kami cari jalan jimat lagi. Inilah dia... guna push pull. Apa yg dikawal di atas, kita ubah supaya kawal di bawah. Jimat pun jimat. maintenance pun senang.
Hasilnya?
Lihat gambar. Foot-operated handwash.
Solution kami ini dapat penuhi keperluan piawaian GMP & HACCP dan juga ber-kos sangat rendah.
Sangat rendah. Berapa?
Adalah dlm 2 ratus...utk 5 handwash station.

Lebih guna akal , kurang guna wang.
#nanisfrozen for
#continuousimprovement #kaizen

Nani's Halal Daifuku Mochi 6pcs/box 240gm for RM15.00. Get it on Shopee now! 😍🍡
 https://shopee.com.my/ms.waninan/1359945556

Comments